Saturday, August 27, 2005

A saturDAY in a life of a single woman...

Today had been a rather busy day for me… doing the usual weekend routine..

Kemas rumah
Mop
Vacuum ….. oiiitttt!!! Sape punya taik atas kapet neiiii… ceeesssss!!!! (must be that stray cat and her baby I let in last night)
Laundry
Wash bedsheet, tukar bedsheet, pillow covers, cushion covers…
Kemas stor, kemas peti ais…

My sis just got her scholarship, so nak belanja akak dia (which she does once in a blue moon je… yeah, I guess the moon is blue tonite)

We went to KLCC… ye la mana lagi kan?? Kalau Midvalley, nak sorong kaki pun tak bleh…

So we went to Manhattan Fish Market, nak makan grilled seafood and fish and chips. Recommended by a colleague at work. Jemu dah asyik Chillies je. Tak reti nak order, macam jakun la pulak. Hmmm… lepas makan, tak la sedap sangat. Dah la mine mahal. My sis could’t finish hers. Sape lagi yang jadi vacuum cleaner, moi la. Tak sampai hati tengok food membazir. Bulat pun bulat la. Bukannya sape nak kat I yang comel (aka montel) dan gebu ni pun…. Kekekekekeke..

Lepas tu rasa guilty pulak ajak my sis makan kat situ. Dah le mahal. Tak sedap. Baik makan kat Kelana Seafood je. Lagi best. Nanti la lain kali belanja dia pulak (memang selalu belanja dia pun. Tapi a big sister is always a big sister kan?)

Pastu nampak kedai roti… nyyaammmm terliur. Nasib baik perut kenyang. So, jamu mata je.

Pastu pergi Hush Puppies my favourite shoe store. Ada sale tapi pattern sama je. Balik-balik discount 10%. Baik tak yah.

Then pi beli RotiBoy. Tu memang wajib la kalau dah pi KLCC. Do you think they put kas-kas inside the dough? Sekali beli, mesti nak lagi.

Then borong magazines kat mag store. Mostly on interior design. My angan-angan nak decorate rumah macam kat dalam magazine tu. Tu yang obsessed with koi pond tu.

Singgah Guardian. Sis nak beli loofah.

Pastu dah penat… balikkkkk. Almost nak tengok movie, tapi tak jadi. Malas nak queue for the tickets.

On the way back, decided to go to JJ to get some groceries and other stuff…

Things I bought:

Birthday cards for Mak and Abah (their birthdays are only 2 weeks apart)
RM12

Groceries:
Chicken 2 ekor
Sotong
Meat
Celery
Ginger
Cabbage
Carrot
Potatoes
Tomatoes
Chillies
Pak choy
Saderi
Yogurt drinks
Chicken meatballs
Mee
Prego spaghetti sauce
Macaroni
Indomie goreng segera
Oranges
Perencah sup
Curry powder adabi
Mamee mee hoon segera
Sardines in tin
Salt
Gardenia bread
Maggie thai chilli sauce
Prego spiral macaroni
Cooking oil
Eggs
Catfood
Pencuci multipurpose cif
Pencuci fab (dapat free softlan)
Ice-cream
RM184.48

Pengsan…. Pengsan…. Tu pun tahan godaan sebab jumpa patung kucing that looked reeaallllll sangat, macam kucing betul. Cantik letak dalam kereta tu……. Godaaaannn…

On the way back, realized pasaraya Hero dekat rumah baru bukak. So decided to check it out. Sambil-sambil tu survey tengok kedai apa lagi yang ada dekat situ.

Not too bad, ada kedai stationary, ada kedai makan mamak yang buka 24jam, ada 7/11, ada gym….(hmmm... macam satu sindiran tajam je kena pi tu sebab dah dekat, so tak boleh cari excuse), ada pusat internet dan computer, car wash, klinik, hardware store, kedai gunting rambut dan salon. Waahhh… macam-macam ada.

Pasaraya tu not bad jugak. Ada almost everything. Kira macam kalau ikut kasta tu setaraf pasaraya Billion kat Kepong, atau mini Mydin la. Prices not so bad, tapi ni baru bukak memang la offer lower prices. Pastu tak tahu la. Bought alarm clock, RM4.50 dapat 2. So kalau tengah mamai tercampak jam tu, ada lagi satu. Alarm kat handphone dah tak dengar. Dah mangli (bahasa saintifik jaman tok Nobin dulu).

So kalau sesak, tak yah la gi JJ. Tak yah nak jem-jem. Setakat nak beli sayur, ikan sekor dua, Maggie mee, cat food…. Boleh la pi situ. Untung juga duk kat sini, semua dekat. Quite a strategic place. Within the 3 years that I’ve stayed here, cepat sungguh area ni membangun.

Sampai rumah, kena la angkut barang turun naik tangga. Bukan apa, lift lambat… ala tingkat satu je. Nasib baik dapat tempat parking dekat. Kat KLCC tu pun dapat parking dekat.

Tapi tu pun 2 kali angkut la jugak. My sis angkat separuh. Tapi yang berat, I la yang kena angkat. Minyak masak 3kg sebelah tangan, sebelah lagi cat food peket besar, dgn entah hape-hape lagi. Mana la tak memBadang.

Sampai rumah, kaki dah cramp. Pastu simpan dan susun dalam peti ais pulak. Ayam kena basuh dulu, pastu letak dalam container kecik-kecik. Sotong kena siang dan basuh.

Adeeeehhh… penatnyeeee…..

Habis satu hari. Esok dah Sunday….. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!
Brought to you exclusively by Marina`s Eye. Copyrights reserved.